Tuesday, May 19, 2009

Lawatan ke Hari Terbuka Navy Langkawi

Hujung minggu yang lalu Adawiyah sempat melawat hari terbuka Tentera Laut di Armada Laut Langkawi. Abah antara yang beria2 sgt nak pi, maklumla abah kata Tentera Laut adalah cita2 abah masa abah Darjah 2 dulu2..

Ni masa dalam bas, sebab apa kena naik bas? Sebabnya jarak antara kem dengan pelantar/jeti kapal jauhnya 200meter (abah yg kata, betui ka dak pun Adawiyah taktau..). Ni first time Adawiyah naik bas, best sgt..tgkla muka tu..excited giler..!

Ni tgh posing dgn abah kat atas kapal KLD Tunas Samudera, kapal layar untuk latihan kader2 muda tentera laut..

Ibu bergaya dekat kemudi kapal Tunas Samudera, tiba2 ada bunyi 'beep' keluar dari depan..taktau pasaipa...apa lagi ibu terus gabra dan tinggalkan tempat tu dengan segera..

fuyyoo..bestnya dok atas kapal...kalu dapat belayar lagi best...!

Ni pulak gambar semasa atas kapal KD Lekir.. Besar sungguh kapal ni..Ada 5 tingkat abah kata..

Abah dukung Adawiyah di depan kapal KD Lekir..dan di tengah2 panas terik..

Ni untuk profesional sahaja, jgn cuba aksi ini di rumah..

Gembiranya Adawiyah dapat naik kapal untuk kali pertama..

Bergambar kenangan di hadapan kapal KD Handalan sebelum balik. Terima kasih abah dan ibu bawak Adawiyah jalan2 di hujung minggu... Bestnya.. Minggu ni naik kapal laut,minggu depan naik kapal terbang pulak yer...Tungguuuu..