Saturday, June 27, 2009

Kesian Adawiyah...



Badan Adawiyah mula panas malam 19hb haritu..ibu cakap Adawiyah merengek2 tgh malam takmau tidur.. Abah tak ada terpaksa tidur kat LISRAM sbb ada Mukhayyam Bahasa Arab..



Suhu badan Adawiyah meningkat mendadak sehingga 39 darjah celcius... Dr Umi terpaksa masukkan ubat kat punggung Adawiyah sbb Dr cakap ubat tu lebih cepat bertindak untuk merendahkan suhu badan..
Sepanjang ke klinik Adawiyah nangis tak henti2..risau abah dan ibu..

Abah terpaksa menggunakan berbagai cara nak pujuk Adawiyah bagi tak nangis.. Bawak naik keta la...bagi semua barang2 yg Adawiyah nak..asalkan tak nangis..

Kalu berada dlm keta Adawiyah akan diam kalau abah pasang nasyid 'Allahummarhamna Bil Quraan..' dendangan finalis Akademi Al-Quran 1... Abah pun heran, bila abah pasang ja lagu tu...Adawiyah terus berenti nangis, minum air masak dan terus lena..

Malam kedua.. kaki dan tangan Adawiyah dah mula mengeluarkan bintik2.. Ini menguatkan lagi jangkaan abah yg Adawiyah memang kena demam campak.. Untuk mengesahkannya esok pagi buat kali yang ke-2 abah bawak Adawiyah ke Klinik Delima pulak.. Memang sah Dr cakap Adawiyah kena Campak kecik (Sekam)..

Klinik Delima kat pekan Padang Matsirat...

Badan Adawiyah rasa gatal2..sebb tu ibu terpaksa tanggalkan baju Adawiyah..biar selesa sikit..

Hari ketiga... Alhamdulillah Adawiyah dah pulih sedikit.. Dah mampu menguntum senyuman.. Maktok terpaksa mai dari kampung bawak segala khazanah tumbuh-tumbuhan sebagai usaha penawar untuk Adawiyah..terima kasih maktok..

Lama dah tok beli tudung kecik warna hijau ni..baru Adawiyah try nak pakai..
Comei dak..?!!

Hari keempat.. Hantar maktok dan pak ngah balik.. Terima kasih sebab sudi melawat dan menjaga Adawiyah sepanjang Adawiyah sakit..

Harapnya selepas ini Adawiyah akan dipelihara Allah dari segala penyakit dan kemudharatan..InsyaAllah..