Monday, May 25, 2009

Adawiyah jalan2 Sarawak : Part 1

:: 21 MEI 2009 = HARI PERTAMA ::

Bermulanya sebuah percutian...

Dalam ruang menunggu Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Ibu dan Adawiyah duduk berjauhan dengan penumpang2 lain..langkah keselamatan..

Adawiyah sempat posing lagi tu..

Sebelum menaiki pesawat Adawiyah dan ibu sempat bergambar kenangan..

20min berada di angkasa... pengalaman sulung Adawiyah menaiki kapal terbang.. Rasa ngantuk la pulak..

Walaupun takut tp Adawiyah tetap ceria..

Jenguk2 apa yg ada di luar..

40min penerbangan dah masuk ruang angkasa Sepang...kapten buat pengumuman 10min lagi akan landing..

Alhamdulillah selamat mendarat di LCCT KLIA..kelihatan pesawat2 antarabangsa parking kat KLIA..

Adawiyah dan ibu sempat lagi bergambar dengan pramugari..pasni turn abah lak...hihi

Bergambar depan pesawat AK5210

Abah ceria dapat jejak kaki kali pertama di LCCT KLIA

Sarapan kat Taste of Asia kat LCCT..nasik lemak dan air mineral harganya RM13.00...murah kan?? Adawiyah makan nasik blender ja..lg murah..

Menunggu flight ke Kuching.. lama jugak kena lepak..lebih kurang 4 jam.. Adawiyah baik je.. Kalu boring Adawiyah minum susu terus lena..''...baiknya anak abah,'' abah kata..

Dalam flight ke Kuching.. abah kata Adawiyah 'boeh' sangat..takmau duduk diam langsung..asyik nak tengok luar.. Abah dan ibu risau jugak..cuaca masa penerbangan tak berapa baik..pesawat yg kami naik bergegar hampir sepanjang penerbangan...mendarat pulak dalam hujan lebat..


Pemandangan Sungai Sarawak dari atas pesawat..waktu ni lagi 10min nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching..

Adawiyah dah bersiap2 dengan topi..tak sabaq2 nak turun..nak tengok pekan Kuching..

Sejurus tiba di LTAK..kelihatan petugas Jab Kesihatan Swak buat pemeriksaan rapi penumpang sebagai langkah berjaga2 wabak H1N1..

Ibu bergambar berlatarbelakangkan LTAK...

Sementara nak keluar sempat lagi ambik gambar depan pesawat yg kami naik td..

Makcik Jawahier dan Abg Hasif beramah mesra dengan Adawiyah...

Ni la kereta baru Pakcik Badie.. Plate number QAP, pakcik Badie kata number yg terbaru skarang QAQ..

Makan kat Serapi Corner Batu 7...sedap tomyam dia kata abah..tp Adawiyah takleh makan...pedas..

:: 22 MEI 2009 = HARI KEDUA ::

8.30pg - Jadual lawatan kami telah disusun oleh pakcik Badie.. Destinasi pertama ialah Kampung Budaya Sarawak..letaknya dekat kaki Gunung Santubong (gambar atas)

Pintu depan Kampung Budaya Sarawak..

Ini dewan untuk pertunjukan dan persembahan tarian budaya Sarawak.. kami tak sempat tgk sbb persembahan diadakan pukul 11.30tgh, kami nak kena pi tempat lain lak..

Rumah pertama yang dilawati ialah Rumah Bidayuh...yg dalam gambar di atas namanya Barok..menurut petugas di situ Barok hanya dihuni orang lelaki yg masih bujang sahaja..

Pakcik Badie sempat bergambar depan Barok...

Bila masuk dalam Barok rasa gerun tiba2 datang.. dalam bulatan hijau tu ialah tengkorak manusia yg digantung dan diasapkan untuk upacara pemujaan..menurut petugas di dalam rumah ini tengkorak ini adalah tengkorak asli bukan replika..

Tengkorak asli yang dijadikan bahan pemujaan oleh masyarakat Bidayuh...(dalam bulatan merah)

Bergambar di atas rumah panjang masyarakat Bidayuh, di sini adalah tempat kediaman masyarakat Bidayuh yang sudah berkahwin dan wanita yg masih bujang.. Lantainya keseluruhan diperbuat dari buluh..

Seorang pekerja Kg Budaya Sarawak sedang menyiapkan tabung daripada buluh..

Adawiyah dan ibu bergambar di dalam rumah kaum Bidayuh..

Adawiyah dan ibu bergambar dengan salah seorang petugas/penjaga rumah Bidayuh.. di hadapan alat pengisar beras..

Destinasi seterusnya ialah Rumah Panjang Iban..

Adawiyah dan ibu bergambar kenangan dengan petugas Rumah Iban, walaupun dia dah berumur tp masih kuat melakukan kerja2 di rumah tersebut..mula2 dia cakap pelet Swak tp bila dengar ibu cakap kedah dia terus speaking KL..

Proses membuat Kuih Jala (macam kuih 'karas' kalau di Kedah)..

Adawiyah dan ibu bergambar kenangan dengan petugas Rumah Panjang Iban yang begitu ramah melayan kami..

Adawiyah dan abah bergambar kenangan di hadapan rumah masyarakat Penan..rumahnya simple saja..macam pondok tunggu durian ja.. Bukan takat rumah ja simple, pakaiannya pun simple gak..pakai cawat ja..hihi

Selepas itu kami berkunjung pula ke Rumah Panjang Orang Ulu... tingginyaaa...

Ibu bergambar di hadapan rumah Orang Ulu..ibu cakap dia tak berani naik sbb tinggi sangat..lgpun ibu pakai kasut bertumit so payah la nak naik..tp ibu terpaksa naik jugak sbb abah suruh..

Di atas rumah Orang Ulu ada pertunjukan teknik membuat alat muzik popular Sarawak...Sape.

Kunjungan seterusnya ke Rumah Melanau..menurut petugas di sini rumah ini dibuat tinggi bertujuan mengelakkan dimasuki air laut.. sebab lokasi asal rumah Melanau ini selalunya di pinggir laut..


Ini pulak rumah Melayu Sarawak..bentuk senibina rumah ini macam rumah2 melayu di semenanjung jugak..

Kami disambut dengan paluan rebana dan gendang...lagu apa yg depa nyanyi pun taktau..tp sedap la jugak..lg satu penyanyinya jugak veteran2 belaka...dan peramah pulak tu..siap nak salam2 dengan abah lagi..

Makcik ni tgh buat bahulu...

Balik dari Kg Budaya kami singgah di Kg Santubong..singgah makan kat kedai kenalan pakcik Badie..abah kata sedap jugak masakannya..

Sebelah petangnya pulak destinasi seterusnya kami ke Muzium Kucing atau orang sini panggil Cat Museum.. bentuk bangunannya macam masjid...tp dalamnya menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuching Utara dan muzium Kucing..

Pakcik Badie dengan Hasif dah banyak kali datang katanya...

Bergambar di dalam muzium kucing..abah kena bayar RM4.00 untuk bawak masuk kamera...

Bergambar dengan sekeluarga kucing...

Adawiyah dah malas nak tangkap gambar dah..

Chak..!!

Kucing pakai spec..?

Bergambar di hadapan bangunan Cat Museum..

Bangunan2 menarik di tengah2 Bandaraya Kuching..

Bangunan DUN Sarawak yg masih dalam pembinaan.. Abah kata konsep pembinaannya berasaskan rumah masyarakat Bidayuh ; Barok..

Di tengah2 kesibukan Bandaraya Kuching..

Bergambar kenangan di hadapan replika kucing di tengah2 Bandaraya Kuching.. Org kata tak sah kalau mai Kuching tak bergambar kat sini..

Ibu tengah pilih baju buat ole2 balik kampung nanti...

Ni masa kat tepi sungai, berhadapan dengan Swak River Cruise.. Abah tak jd nak naik cruise sebab Adawiyah tak sihat..


Abg Hasif pun merengek nak naik cruise tp abah buat keputusan pi makan kat 'tenten' ganti naik cruise..Hasif terus stuju..

Bergambar kenangan depan cruise Sg Sarawak sebelum pi makan..

Adawiyah masa ni selesema teruk..tp masih mampu senyum lagi..

Ibu bawak bungkus plastik besar penuh baju tshirt untuk semua mak dan pak menakan Adawiyah kat kampung..

Adawiyah makan kentang putar..sedaaapp!

Adawiyah makan kentang sambil kesat hidung sbb hingus meleleh tak henti2..


Sebelah malamnya destinasi terakhir untuk hari ni ialah kedai kek lapis Sarawak, ibu la orang yg paling excited bila sampai ja kat sini..

Ibu suka sangat kek lapis Sarawak.. Rambang mata ibu bila dapat rasa semua jenis kek lapis yg ada atas meja..

Adawiyah dan abah lepak jela sambil memerhatikan 'kesungguhan' ibu membeli..

Tengok la betapa banyaknya kek lapis..bertingkat2 raknya..satu cuma RM 10 ja..murah kan..

Sebelum balik umah pakcik Badie kami singgah amik ubat Adawiyah dulu.. Doktor cakap Adawiyah kena selsema biasa dan ada sikit2 demam..


Pakcik Badie cakap Dr Lee ialah doktor pakar kanak2.. patutla ubat yg dia bg ada berjenis2.. teruk jugak Adawiyah nak makan nanti..hmmm jumpa lagi esok pagi..